KUALA LUMPUR: Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak mencuri perhatian netizen hari ini selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih untuk majlis pernikahan dengan wanita pilihan hatinya, Yati Zainuddin.
Gambar tular yang dikongsi anak bongsu Najib, Norashman, memperlihatkan bekas Pengerusi CIMB Bhd (CIMB) itu menyarung cincin kepada pasangannya.
"Congrats Uncle Jay @nazir.razak," katanya menerusi Instragam Storynya di sini, pada Jumaat.
Yati merupakan seorang ahli perniagaan dan pengasas bersama kosmetik, Bluemolly.
Majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes di media sosial beliau.
Tony memuat naik beberapa keping foto memberi bayangan dengan kapsyen yang mengundang spekulasi, dan ia dibalas Nazir.
"Getting ready to look beautiful for my bestie for his big day," kata Tony.
"Thank you bro. Our love for you isn't dependent on how you look, in case you didn't know that," balas Nazir.
Astro AWANI difahamkan satu majlis resepsi akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara, malam ini (Jumaat).
Nazir pernah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Datin Sri Datuk Azlina Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Pasangan ini dilaporkan bercerai pada 2023.
Umavathi Ramayah
Fri Nov 17 2023
Gambar tular yang dikongsi anak bongsu Najib, Norashman, memperlihatkan Nazir Razak menyarung cincin kepada pasangannya. - Foto IG Ashman Najib
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
[TERKINI] Polis perlu lebih masa siasat 5 ahli keluarga penyerang balai polis
PDRM memerlukan lebih masa untuk menyiasat dengan teliti lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin
Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Nazir mencuri perhatian netizen selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih.